???? PESTA PANTUN
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan pantun SK Bukit Baru atas usaha dan semangat yang dipamerkan sepanjang pertandingan berlangsung.
Pasukan kita telah terhenti di pusingan ketiga selepas menentang SK Bukit Beruang dan tidak dapat mara ke peringkat seterusnya. Namun begitu, satu pencapaian yang amat membanggakan apabila pemantun kita, Muhammad Haziq berjaya dinobatkan sebagai antara Top 10 Pemantun Terbaik Negeri Melaka.
Terima kasih kepada semua guru, murid dan penyokong yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan pantun sekolah.
Andai ada jarum yang patah,
Jangan patahkan jarum yang lain,
Tahun ini kami mengaku kalah,
Kita berjumpa di tahun yang lain.
Insya-Allah.
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan