
???? LAWATAN KE MUZIUM TENTERA PORT DICKSON ????????
Tarikh: 30 Julai 2025
Sempena pengisian Minggu 3K, murid-murid SKBB telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Muzium Tentera Darat Port Dickson, sebuah lokasi bersejarah yang memaparkan kisah perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan negara.
Antara pengalaman menarik:
????️ Melihat koleksi senjata dan peralatan tentera sebenar
???? Menimba pengetahuan tentang sejarah pertahanan negara dan nilai patriotisme
Lawatan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada aspek keselamatan dan pertahanan, malah membantu memupuk rasa cinta dan hormat terhadap pasukan keselamatan yang menjaga keamanan tanah air.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Semoga ilmu dan pengalaman tersebut menjadi kenangan bermakna buat anak-anak murid kita.
#skbbatmajuara