• Main
  • News

????✨ PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR – INTERVENSI LITERASI✨????

???? Tarikh: 16 Julai 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
???? Tempat: SK Bukit Baru

Program Sekolah Pengajar – Intervensi Literasi telah dilaksanakan pada 16 Julai yang lalu bagi membantu meningkatkan kemahiran asas literasi murid melalui pelbagai aktiviti pembelajaran yang menarik, interaktif dan bersesuaian dengan tahap penguasaan mereka.

Sepanjang program berlangsung, murid-murid diberi bimbingan serta peluang untuk mengukuhkan kemahiran membaca dan menggunakan bahasa dengan lebih yakin. Program ini turut mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui pendekatan Sahabat Bahasa.

Semoga segala ilmu, bimbingan dan pengalaman yang diperoleh dapat membantu murid meningkatkan penguasaan literasi serta menanam minat terhadap pembelajaran bahasa. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. ????????

#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan