• Main
  • News

????✨ PROGRAM CERAMAH PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH BERSAMA AADK ✨????

???? Tarikh: 19 Ogos 2026
???? Tempat: SK Bukit Baru
???? Sasaran: Murid Tahun 5 & 6

Alhamdulillah, Program Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah dilaksanakan dengan baik melibatkan murid-murid Tahun 5 dan 6 SK Bukit Baru pada 19 Ogos yang lalu.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada murid tentang kepentingan menjauhi penyalahgunaan dadah serta membina jati diri yang kukuh dalam membuat pilihan yang tepat demi masa depan.

Semoga perkongsian dan ilmu yang disampaikan dapat menjadi panduan kepada murid untuk lebih peka, berani berkata TIDAK kepada dadah serta sentiasa memilih gaya hidup yang sihat dan positif. ????????

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak AADK atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang diberikan. ????

#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan


Read More